Thursday, 12 July 2012

Jom Baca!

 Ape itu Seni Khat? Jom kita terokai maksud ye..


Seni kaligrafi Islam atau ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – 17 seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni.
Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu ::-

1. Khat Kufi
2. Khat Nasakh
3. Khat Diwani
4. Khat Thuluth
5. Khat Riqa

Tuesday, 3 July 2012

Sekadar Cetusan.

Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.